Ramadhan Datang Lagi..




Alhamdulilah Akhirnya kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan keampunan “Bulan Ramadhan”.  Dimana semua umat islam didunia diwajibkan utuk menunaikan ibadah puasa bagi yang mampu. Seperti kita ketahui bersama Ramadhan adalah bulan penuh keampunan dimana Allah memberikan ruang yang seluas-luasnya pada hambaNya untuk  mensucikan diri,menghapus dosa-dosa  yang melekat atas diri,baik yang sengaja mahupun tidak sengaja.

Selain Menjalankan ibadah puasa kita juga harus memperhatikan kondisi tubuh kita, sehingga disaat menjalankan ibadah puasa kondisi tubuh kita tetap sihat sejahtera.





Berikut ini ada sedikit tips supaya tetap sihat dalam menjalankan ibadah puasa

1. Minuman manis saat berbuka puasa

Minum minuman manis saat berbuka puasa sangat digalakkan kerana dengan meminum minuman yang manis akan memulihkan tenaga setelah seharian menjalankan ibadah puasa, seperti minum, teh manis, juice buah, dan sirap dan masih banyak yang lainnya. Hindari pula berbuka puasa berlebihan seolah-olah ”balas dendam” karana seharian perut kosong. 


2. Mengamalkan buah-buahan  dan sayur-sayuran segar

Selain mengamalkan minuman-minuman yang manis saat berbuka puasa juga sangat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan  dan sayuran segar. Hal ini karena buah-buahan dan sayur yang segar mengandungi banyak vitamin dan mineral

3. Mengamalkan buah kurma waktu buka puasa

Seperti kita ketahui bersama bahwa buah kurma sangat membantu proses pencernaan. Ia yang mempunyai sakit .... dianjurkan oleh doktor untuk makan kurma sebagai pembuka saat berbuka puasa dan saat makan sahur. Dengan mengamalkan buah kurma tubuh senantiasa fit, dan tetap bertenaga menjalankan puasa dengan lancar, tanpa rasa sakit karena adanya gangguan pencernaan.

4. Melakukan olahraga

Meskipun kita sedang menjalankan ibadah puasa bukan bererti kita harus malas-malasan dan tidak berolahraga seperti hari-hari biasanya. Kita harus tetap melakukan aktiviti olahraga supaya tubuh kita tetap fit. Kita boleh melakukan olahraga pada petang hari menjelang buka puasa seperti lari-lari kecil atau bagi yang hobi main futsal boleh main futsal sambil menunggu buka puasa..x pun main badminton ka..

5. Mengamalkan pengambilan Suplemen

Yang terakhir yang tidak kalah pentingnya dengan yang diatas, iaitu dengan mengamalkan pengambilan suplemen, karena dengan mengkonsumsi suplemen dapat meningkatkan antioksida dalam tubuh ,senyawa radikal bebas sekitar 12% yang boleh menjadikan tubuh anda tetap fit dan sehat dalam beraktiviti.


Itulah tadi sedikit tips buat menjalankan ibadah puasa supaya tubuh tetap sehat sejahtera.Sehingga kita bisa menjalankan ibadah puasa selama satu bulan penuh dan semoga Allah SWT, menerima ibadah puasa yang kita jalankan, amien.


20 Fakta Menarik Tentang Islam..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Rasanya ada banyak lagi fakta menarik dalam Islam yang kita masih tak tahu. Mungkin kita boleh kongsikan bersama nanti....والله اعلم

Malam ini,saya nak kongsikan tentang 20 fakta menarik yang ada dalam Islam. Mungkin ada antara korang yang tahu dan mungkin ada yang masih tak tahu. 
Mungkin anda boleh baca dan fahamkan... :)




1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul tak?

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.