Ciri-ciri Pelajar Cemerlang..



Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

1)Optimistik
pelajar yg cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh capai kejayaan dalam pendidikan.Keyakinan ini boleh menjadi penyuntik semangat dalam pada diri anda sendiri.katakan "AKU BOLEH"

2)Jangan Bersikap Pesimistik
pelajar cemerlang x akan bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum berjuang.Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkn peperangan sebelum peperangan.Kalau x cuba kekalahan pasti dalam tangan."Belum cuba belum tahu"

3)Kesedaran Memikul Tanggungjawab 
pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan memikul tnggungjawab sebagai seorang pelajar.pelajar yg cemerlang pasti sedar akan hakikat ini,sudah pasti akan berusaha lebih gigih untuk mencapai matlamat tersebut.

4)Tumpuan Sepenuh Hati
pelajar yang cemerlang pasti akan memberi tumpuan sepenuh hati didalam kelas untuk mendengar apa yg di ajar oleh guru.Sikap main2 dan smbil lewa adalah sikap pelajar kurang berjaya.

5)Mulakan Dari Awal
pelajar cemerlang akan menbuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan,tidak kira peperiksaan bulanan,perperiksaan penggal mahupun peperiksaan sebenar.Persediaan awal membezakan pelajar cemerlang dengan pelajar tidak cemerlang.Jangan jadi "Bidan Terjun" di dalam dewan.

6)Lengkapkan Peralatan
pelajar cemerlang perlu menyediakan keperluan peralatan belajar yg mencukupi seperti alat tulis,buku latihan,nota2 dan lain2.Semangat sahaja tidak cukup sekiranya keperluan belajar x mencukupi.

7)Tepati Waktu Belajar
pelajar cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkn oleh pihak sekolah.iaitu datang sekolah tepat pada waktu dan pulang sekolah hnya apabila dibenarkan.Ini melatih pelajar menjadi lebih berdisiplin.

8)Dapatkan Bantuan Guru Atau Rakan2
pelajar cemerlang sentiasa mendapatkn bantuan dari  guru2 mahupun rakan2 apabila gagal mengikuti kelas atas sebab2 tertentu.Pelajar perlulah meminjam nota2 dari rakan2.Selain itu, pelajar cemerlang akan berjumpa guru untuk mendapatkan penerangan mengenai apa yg telah kita ketinggalan.

9)Siapkan Tugasan Yang Diberi
pelajar yang cemerlang akan menyiapkan apa jua tugasan yg diberi oleh guru sama ada kerja didalam kelas mahupun kerja rumah,dalam tempoh yg ditetapkn.Pelajar yg cemerlang merupakan pelajar yg meyiapkn sesuatu tugasan yg diberikan oleh guru tepat pada masanya.

10)Tubuhkan Study Group
pelajay yg cemerlang akan mengadakan perbincangan secara berkumpulan iaitu stdy group bersama rakan2 dengan agenda yg sama iaitu untuk mencapai kejayaaan dalam peperiksaan.Jangan tubuhkan kumpulan stdy yg akhirnya menjadi kumpulan sembang.Cari rakan2 yg rajin dan gigih.Tinggalkn rakan2 yg temberang..

*ciri lain akan diupdate pada lain waktu*





No comments:

Post a Comment