Hati Dan Perasaan

“Anda punyai seorang kekasih yang merupakan segala-galanya dalam hidup anda. Suatu hari anda mendapat tahu bahawa ada orang lain telah jatuh cinta terhadap kekasih anda, dan orang itu pun tahu bahawa orang yang dia cintai itu sudah berpunya, dia tahu itu adalah kekasih anda. Malangnya dia tetap berharap agar kekasih anda menerimanya. Saban hari dia memohon kepada kekasih anda agar cintanya diterima. Lebih malang lagi, dia kononnya telah memutuskan perhubungan dengan kekasih lamanya semata-mata ingin mendapatkan kekasih anda. Apa tindakan anda?”




Jika kita memikirkan soal hati..Cinta selalunya dikaitkan dengan hati. Jangan mempersalahkan seseorang itu jika dia jatuh cinta terhadap pasangan kita. Sebab cinta itu soal hati. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak ingin berperasaan seperti itu, sebab dia tahu orang yang dia cintai itu telah berpunya.Tapi.. kenapa dia masih mengharap?
Jika kita memikirkan soal perasaan..
Kita sebagai kekasih kepada kekasih kita pasti akan berasa tergugat atas kehadiran orang itu, kita akan berasa cemburu, terluka dan sakit hati kerana kekasih kita kerap kali diganggu. Perasaan ini wujud dengan sendirinya kerana kita takut kebahagiaan yang kita kecapi akan terancam. Seandainya kita tidak pandai mengawal perasaan, tidak pandai menggunakan kewarasan dalam pemikiran kita, segala-galanya akan hancur.

Cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan yang Maha Pencipta. Kita wajib bersyukur kerana telah dianugerahkan cinta. Setiap orang berhak mencintai dan dicintai, berhak mencintai siapapun tetapi jangan sampai hak itu melukai orang lain. Kita tidak berhak memaksa orang lain untuk membalas cinta kita. Bukankah sesuatu yang dipaksa hanya akan menimbulkan penderitaan dan sakit hati? Bukankah pemaksaan bererti melanggar hak asasi?


Biar aku dilukai, jangan orang lain terluka..


No comments:

Post a Comment